Friday 30 March 2012

H I J R A H

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh ....

Alhamdulillah, maseh di beri peluang olehNya untuk menghayati keindahan alam ini...
Alhamdulillah, maseh di beri peluang olehNya untuk mengumpul sebanyak amal yang mungkin...
Alhamdulillah, iman ku maseh utuh di sini dan ia semakin bersemi, SubhanaAllah indah sungguh perasaan ini bagai kanak-kanak yang beroleh gula-gula... :)

courtesy from Google image

Hijrah...anda tau makna nya, menurut wikepedia Hijrah bermaksud:
Hijrah (هِجْرَة), maksud perpindahan. Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin.
Ya hijrah itu perpindahan...bukan sahaja perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain, tapi perpindahan yang saya maksudkan ialah perpindahan niat kita...hijrah niat ke suatu niat yang elok, baik ataupun pada yang tidak elok mungkin...
Jika penghijrahan itu kepada yang elok, alhamdulillah tetapi sekiranya kepada yang tidak elok haruslah di fikir kedua kalinya agar kita tidak menyesal nanti...
Saya seorang wanita Melayu, beragama Islam dan memakai hijab seusia saya maseh bersekolah rendah...tetapi pengertian saya berhijab adalah kerana untuk menutup aurah kita sebagai seorang wanita muslim iaitu rambut....padahal aurah seorang wanita itu bukan sekadar rambutnya....apa yang saya ketahui melalui wikipedia dan sumber yang laen aurah wanita adalah seperti berikut :

Sumber : Wikipedia
Aurat wanita sangat komplikated dan berubah mengikut situasi:
  • Dihadapan mahram(saudara lelaki rapat), seseorang wanita itu wajib menutup seluruh badannya kecuali kepala dan tangan. ",
  • Dihadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah diantara pusat hingga lutut.
  • Aurat dihadapan sesama wanita bukan Islam menjadi perdebatan. Sesetengah ilmuwan menyatakan wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Sementara, sesetengah ilmuwan lain berpendapat aurat perempuan muslim kepada bukan wanita bukan Islam ialah sama ketika mana mereka berada dengan sesama wanita Islam.
  • Aurat dihadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi terdapat ilmuwan berpendapat, muka adalah aurat.Isu ini berlarutan termasuk yang sudah berlalu dan sedang berlaku, adakah ia hanya keafdalan atau hukum.[10]Muslim Salafi percaya bahawa jenazah wanita dihadapan lelaki ajnabi dan yang tiada kaitan persaudaraan dengannya adalah seluruh badan termasuk muka dan tangannya.[11].[12][13]
  • Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Seperti yang dinyatakan, aurat wanita itu sungguh rumit. Tetapi ia tidak menghalang kita atau dijadikan alasan untuk tidak menutup aurat bukan. Tepuk dada tanyalah iman.

Alhamdulillah, di usia saya yang ke-29 ini Allah telah memberi hidayahNya kepada saya. Terharu dan gembira tidak terkata tatkala hati ini sayu dan sedeh dengan perbuatan saya yang telah lampau Allah anugerahkan hidayahNya, MasyaAllah saya begitu jahil. Saat hati berasa kosong datangnya insan atau saya kategorikan sebagai sahabat sejati memberi nasihat dan teladan. Walaupun nasihat itu berbaur sinis, tajam, sakit tetapi itulah hakikatnya...Maha Suci Allah Sang Pencipta, Kau maha kasehkan hambaMu ini dan tidak membiarkannya terus sesat di buai keseronokan duniawi.

Kini, matlamat utama ialah ingin menjadi hambaMu yang solehah. Yang ingin mencintaiMu dan KekasihMu Muhamamad S.A.W dengan ketulusan jiwa. InsyaAllah ya Rab, selagi hati ini tetap padaMu..semoga Kau berikan 'Nur' padaku agar aku tidak sesat dalam kegelapan..amin ya Robbal Alamin...
Dari Kau aku datang dan kepada Kau jualah aku kembali ;')

Wassalam...

Thursday 15 March 2012

Aku Tenang sendiri, Alhamdulillah.........


courtesy from Google

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Selamat pagi Cinta...
Hari Jumaat yang mubarakah, alhamdulillah...Dia maseh memberi pinjam nyawa ini agar terus hidup dan membuat amal padaNya....
Sesungguhnya, tiada kata yang mampu aku ungkapkan di sini hanya syukur alhamdulillah ku padaMu ya Rab....
Kini, apabila aku semakin hampir padaNya ketenangan yang ku cari kini telah ku jumpa...SubhanaAllah, sangat bahagia rasanya hati ini tidak terperi...
Pelbagai perkara yang telah berlaku dalam hidup ini, tetapi dengan berkat rahmat Mu ya Rab aku maseh utuh berdiri di paksi ini dan ingin menuju ke jalan yang Kau redhai....
Ya Allah Ya Tuhanku, Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani...tetapkan la hati ini agar terus mengingatiMu, tetapkan hati ini agar terus beriman padaMu...jauhkan lah dari sifat leka, lalai dan lagha yang pernah ku tempuhi dulu...sesungguhnya Kau Maha Mengetahui setiap sesuatu, wallahualam.....


Alhamdulillah pada hayat ini...
Alhamdulillah pada rezeki ini...
Alhamdulillah pada segala anugerah yang indah ini Ya Rab...

Wassalam......