Sunday 17 November 2013

sebuah perbualan aku dan dia

Sebuah perbualan antara Aku dan Dia...

Dia : Kau nampak laen. (*Berkata sambil tangan didalam poket... ciss sunggoh berlagak)

Aku : Apa yang laennya. Aku pakai tudung.. pakai baju.. apa laennya..

Dia : Ntah. Tapi nampak laen lah. Mungkin tudung tu xkene ngn muko kau.

Aku : Hekeleh mamat ne.. Kecoh.. ekot suka akula tudung aku jejesh ke herot ke janji aku tutup apa yang patut. (*panas je kalo mamat ne dah start bukak mulut la)

Dia : Kau ne skang kasar kan.. kau tau x kau tu pompuan?

Aku : (* plak dah..tukar topik plak..) Adoi mamat, ape masalah kau ne.. siapa start cakap kasar tadi.. aku bersifat protective, defensive..bila aku rasa musuh tu mula kan langkah, aku fight la.. abes tu kau nak aku tergedik-gedikla... sengih sana sini macam kerang busuk.. bukan aku la wei..

Dia : Perempuan tu sifat nya halus, lemah lembut.. ada caranya kalau nak protective and defensive pon.. sekurang-kurang ayat kau tu lebeh keperempuanan sikit..

Aku : Aku kasar dengan kau je sebab kau kasar. I treat people like how they treat me. Maaf kalau aku tak cukup perempuan. Kau kene cukup lelaki untuk ajar aku bagaimana nak jadi perempuan. Bukan dengan kata yang sinis begini. You get me Mister.

Dan aku berlalu pergi meninggalkan dia terkulat sepi. Bagaimana sebuah perbualan berakhir begini. Semuanya ada pada hati aku dan dia sahaj ketahui.

Bercakap memang mudah. Lancar bicaramu bila petah. Adakah kamu faham bahasa mudah? Sopan dan santun bila hendak bermadah..bukan bahasa sinis ape kejadah..

Friday 15 November 2013

tentang R A S A

Assalammualaikum..

Rasanya lama sudah tidak mengupdate post dalam blogspot neh. Seperti bersawang sudah...ngahaha. Kali ini mungkin intipati sedikit berbeda dengan yang sebelumnya. Lebih matang mungkin.. lebih isi kandungannya mungkin.. apa jualah janji ada isi kandungannya.

Berbalik kita dengan tajuk kali ini, tentang rasa. Apa ada pada rasa? Apa ada pada hati? Apa ada pada jiwa? Semunya hanya kita dan sang pencipta Allah SWT sahaja yang mengetahui. Misteri dan rumit. Rasa boleh diekspresikan melalui wajah, mimik muka, tingkah laku dan mungkin kata-kata.

Sejak akhir-akhir ini aku sering berpuisi di ruangan Facebook. Aku pon tak pasti kenapa. Tetapi aku puas kerana dalam mengutarakan rasa atau pendapat secara terang aku boleh menyampaikannya secara kiasan dengan berpuisi. Puisi ku tidaklah sepuitis si Samad Said mahupon Zubir Ali ataupon Usman Awang. Sekadar suka-suka mahu bicara dan bermain dengan kata-kata. Ahh..untuk hiburan semata.

Bila kita berpuisi dalam menyampaikan sesuatu aku rasa lebih sopan tapi terpulang pada penggunaan bahasa puisi tersebut. Tetapi apa yang aku rasa biarlah separuhnya disimpan dan separuhnya nak dikongsi pon tak ade hal. Mungkin boleh dijadikan teladan kalau ianya sesuatu yang bagoskan..



Sebagai wanita nak meluahkan rasa hati mungkin kita malu. Jadi aku luahkan dalam bentuk kata-kata. Baiknya bahasa inggeris mahupon melayu asalkan kita paham. Kerana pengalaman banyak mengajar tentang hati dan rasa yang manusia sendiri kadang tak faham. Jadi lebih baik begini.

Bila aku sebut tentang rasa..tentang jiwa..manusia bisa kata ah aku ni ada-ada saja.. mungkin manusia kata aku mengada..tapi waspada, ini aku punya rasa, biar aku nak bicara yang kau tak puas hati kenapa... tunggu bila tiba giliran kau pula.. baru kau rasa apa aku rasa.. bukan nak kata ini hukum karma tapi hormati manusia disekeliling anda..

Wassalam..

Sunday 15 April 2012

Apa ada pada Kasma Binti Mohamad, 29

Assalammualaikum wbt....

Kasma Mohamad the name...given by my dearest father, the meaning? wallahualam...as mentioned by my father it is the name of Indonesian Girl whom i dont know who...Age, turning 30 next 2013...old? nahh...age is just a number...i believe, when you get older you become wiser...insyaAllah...i have passion in Art and Fashion...and it makes me a fragile person...jiwa orang seni itu halus, hatta sebesar zarah dia akan mengambil berat akan sesuatu...
Saya suka ikan dan burung...bagi saya ikan itu diam dan misteri...burung pula, bebas dan agresif...

Image courtesy from Google

Image courtesy from Google

Maha Suci Allah, ciptaanNya indah-indah dan unik belaka...


Jadi begitulah Kasma Mohamad pada dasarnya...yang mengetahui tersirat & tersurat seseorang manusia itu hanyalah Penciptanya...wallahualam

Kasma Binti Mohamad, 29++
Sekian... ;)

Friday 30 March 2012

H I J R A H

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh ....

Alhamdulillah, maseh di beri peluang olehNya untuk menghayati keindahan alam ini...
Alhamdulillah, maseh di beri peluang olehNya untuk mengumpul sebanyak amal yang mungkin...
Alhamdulillah, iman ku maseh utuh di sini dan ia semakin bersemi, SubhanaAllah indah sungguh perasaan ini bagai kanak-kanak yang beroleh gula-gula... :)

courtesy from Google image

Hijrah...anda tau makna nya, menurut wikepedia Hijrah bermaksud:
Hijrah (هِجْرَة), maksud perpindahan. Ejaan alternatif dari kata Arab dalam abjad Latin adalah Hijrah, atau Hijriyah di Latin.
Ya hijrah itu perpindahan...bukan sahaja perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain, tapi perpindahan yang saya maksudkan ialah perpindahan niat kita...hijrah niat ke suatu niat yang elok, baik ataupun pada yang tidak elok mungkin...
Jika penghijrahan itu kepada yang elok, alhamdulillah tetapi sekiranya kepada yang tidak elok haruslah di fikir kedua kalinya agar kita tidak menyesal nanti...
Saya seorang wanita Melayu, beragama Islam dan memakai hijab seusia saya maseh bersekolah rendah...tetapi pengertian saya berhijab adalah kerana untuk menutup aurah kita sebagai seorang wanita muslim iaitu rambut....padahal aurah seorang wanita itu bukan sekadar rambutnya....apa yang saya ketahui melalui wikipedia dan sumber yang laen aurah wanita adalah seperti berikut :

Sumber : Wikipedia
Aurat wanita sangat komplikated dan berubah mengikut situasi:
  • Dihadapan mahram(saudara lelaki rapat), seseorang wanita itu wajib menutup seluruh badannya kecuali kepala dan tangan. ",
  • Dihadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah diantara pusat hingga lutut.
  • Aurat dihadapan sesama wanita bukan Islam menjadi perdebatan. Sesetengah ilmuwan menyatakan wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Sementara, sesetengah ilmuwan lain berpendapat aurat perempuan muslim kepada bukan wanita bukan Islam ialah sama ketika mana mereka berada dengan sesama wanita Islam.
  • Aurat dihadapan lelaki yang tiada pertalian tidak kira Islam mahupun bukan Islam adalah menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi terdapat ilmuwan berpendapat, muka adalah aurat.Isu ini berlarutan termasuk yang sudah berlalu dan sedang berlaku, adakah ia hanya keafdalan atau hukum.[10]Muslim Salafi percaya bahawa jenazah wanita dihadapan lelaki ajnabi dan yang tiada kaitan persaudaraan dengannya adalah seluruh badan termasuk muka dan tangannya.[11].[12][13]
  • Aurat ketika solat ialah wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Seperti yang dinyatakan, aurat wanita itu sungguh rumit. Tetapi ia tidak menghalang kita atau dijadikan alasan untuk tidak menutup aurat bukan. Tepuk dada tanyalah iman.

Alhamdulillah, di usia saya yang ke-29 ini Allah telah memberi hidayahNya kepada saya. Terharu dan gembira tidak terkata tatkala hati ini sayu dan sedeh dengan perbuatan saya yang telah lampau Allah anugerahkan hidayahNya, MasyaAllah saya begitu jahil. Saat hati berasa kosong datangnya insan atau saya kategorikan sebagai sahabat sejati memberi nasihat dan teladan. Walaupun nasihat itu berbaur sinis, tajam, sakit tetapi itulah hakikatnya...Maha Suci Allah Sang Pencipta, Kau maha kasehkan hambaMu ini dan tidak membiarkannya terus sesat di buai keseronokan duniawi.

Kini, matlamat utama ialah ingin menjadi hambaMu yang solehah. Yang ingin mencintaiMu dan KekasihMu Muhamamad S.A.W dengan ketulusan jiwa. InsyaAllah ya Rab, selagi hati ini tetap padaMu..semoga Kau berikan 'Nur' padaku agar aku tidak sesat dalam kegelapan..amin ya Robbal Alamin...
Dari Kau aku datang dan kepada Kau jualah aku kembali ;')

Wassalam...

Thursday 15 March 2012

Aku Tenang sendiri, Alhamdulillah.........


courtesy from Google

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Selamat pagi Cinta...
Hari Jumaat yang mubarakah, alhamdulillah...Dia maseh memberi pinjam nyawa ini agar terus hidup dan membuat amal padaNya....
Sesungguhnya, tiada kata yang mampu aku ungkapkan di sini hanya syukur alhamdulillah ku padaMu ya Rab....
Kini, apabila aku semakin hampir padaNya ketenangan yang ku cari kini telah ku jumpa...SubhanaAllah, sangat bahagia rasanya hati ini tidak terperi...
Pelbagai perkara yang telah berlaku dalam hidup ini, tetapi dengan berkat rahmat Mu ya Rab aku maseh utuh berdiri di paksi ini dan ingin menuju ke jalan yang Kau redhai....
Ya Allah Ya Tuhanku, Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani...tetapkan la hati ini agar terus mengingatiMu, tetapkan hati ini agar terus beriman padaMu...jauhkan lah dari sifat leka, lalai dan lagha yang pernah ku tempuhi dulu...sesungguhnya Kau Maha Mengetahui setiap sesuatu, wallahualam.....


Alhamdulillah pada hayat ini...
Alhamdulillah pada rezeki ini...
Alhamdulillah pada segala anugerah yang indah ini Ya Rab...

Wassalam......

Thursday 2 February 2012

Alhamdulillah...

Assalammualaikum wbt.................

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....tiada kata-kata yang dapat aku gambarkan melaenkan ku panjatkan kesyukuran padaMu ya Rab. Sesungguhnya aku amat bersyukur, kenapa? mengapa?

Kadang-kadang tiada alasan yang perlu untuk kita panjat kan kesyukuran pada Allah SWT kan....sentiasalah bersyukur padaNya walaupun hanya seketika cuma...

Bila hati di sentuh, bila hati diketuk oleh hidayahNya, masyaAllah..indah rasanya...lebih indah dari segalanya...

Dalam hidup ini, kita sebagai manusia sering alpha dan lalai...dalam erti kata laen nya leka dengan nikmat dunia tanpa kita sedar kita sudah jauh melupakan akhirat yakni alam yang kekal...

Sedar atau tidak bahawasanya dunia ini sementara cuma dan nikmat yang di pinjam kan kepada kita adalah sementara untuk kita gunakan sepenuhnya atau 'fully utilised' bagi mengumpul seberapa banyak pahala buat bekalan di akhirat kelak....

Ya, kita tidak lah hanya mengejar ukhrawi dan duniawi kita abaikan....yang pentingnya bagaimana kita menyeimbangkan segalanya....itu yang di namakan 'wasatiah'...aku juga begitu, cuba menyeimbang kan keperluan duniawi dan ukhrawi...sebelum ini sememangnya aku lalai dan leka mencari nikmat dunia...leka dengan segala macam perkara yang semakin palsu, leka dengan syurga dunia yang hanya menyesatkan....subhanaAllah, sesungguhnya aku malu padaMu ya Rab....astaghfirullah....

Tapi, alhamdulillah aku bersyukur maseh diberi peluang oleh Mu ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah...Kau memberi hidayah dan petunjuk padaku dari segenap sudut...ya hati ini kosong sebelum ini, walaupun luaran nya aku gembira aku suka dan aku ketawa...tapi masyaAllah di dalam hanya Kau yang mengetahui segalanya...

Kini, aku berusaha untuk menjadi muslimah yang jati yakni muslimah yang sebenar-benar dalam erti kata laen yang melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya...baek dari segi pakaian, tutur kata, ibadatku padamu ya Allah...insyaAllah, walaupun terkadang terlupa tapi ingat Allah sentiasa bersama hambaNya yang ingin dekat padaNya....

Sentiasa lah mengingati Nya dan berdoa, sesungguhnya Allah itu maha mengetahui segalanya...

Wassalam~

Tuesday 16 August 2011

Berhijab?ikhlas kerana Allah atau sekadar berfesyen semata-mata?


Assalamualaikum sahabat sekalian,

Hari ini hari ke-16 kite berpuasa, Alhamdulillah. Setakat ni, belom lagi lompang puasa nye...heheh
tapi hari ini, i took EL atau pon emergency leave due to stomach ache..hahah...makan tak hengat dunia tu la natijahnye...eheheh

BTW (by the way...in abbreviation...hehehe) this time entry not to say about fasting or anything to do with stomach ache but what i want to share is about serious thing that we seldom care enough (woowooo, sounds a lil bit serious ayte...)....sekarang, ramai muslimah telah memakai hijab (tudung) which is so good, alhamdulillah tapi pernah tak kite bertanya adakah kita (termasuk saya sendiri) memakai hijab semata-mata kerana Allah S.W.T atau sekadar mengikut fesyen semata-mata? Tepuk dada tanyalah iman.

Well as for me, i started wearing my hijab since i was a little kid...if i was not mistaken since my primary school. Tapi ada waktunye on/off jugak...yela, budak kecik kan...tapi bile menginjak zaman remaja dan zaman universiti saya maseh on/off jugak memakai tudung. Sehingga pada suatu ketika tahun lepas saya memakai tudung ala2 Dato CT, at that time i became 'pengapit' for my best fren Nik Khairul Bariyyah. Adala seorang hamba Allah ni, die one of my closest friend actually. Die ni jujur tapi terkadang kejujuran nya boleh menghiris hati tapi teguran die kali tu memang benar la kan...betul la kate die, dari kite pakai tudung tapi maseh menampakkan aurat baek xpayah pakai tudung kan. Tapi dengan teguran tu saya xamek hati pon...i'm glad my friend did tegur me. Thanks to him actually.

Pokok pangkal sebenarnya hati kite, selagi kite berniat untuk memakai hijab ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T insyaAllah, kita akan di berkati. Saya amat memuji sesetengah artis2 yang membuat 'penghijrahan' dari yang tidak memakai tudung ke bertudung manis je...Alhamdulillah, Allah telah membuka hati dan memberi mereka hidayah tetapi ada juga yang memakai tudung sekadar fesyen semata-mata.

Antara artis-artis yang membuat 'penghijarahan' ini adalah:

Wardina Safiyyah - courtesy from Google
Irma Hasmie - courtesy from Google



Apa pun, bertudung atau tak bertudung terpulang kepada diri kita sendiri. Yang pasti keikhlasan kepada Allah S.W.T. Just a gentle reminder for me and for all gorgeous muslimah out there....

"Renung-renungkan dan Selamat Beramal" [nada ekot Prof Izi Hj Ali...eheheh]


lotsa lurveeee.....and keep in touch~