Friday 15 November 2013

tentang R A S A

Assalammualaikum..

Rasanya lama sudah tidak mengupdate post dalam blogspot neh. Seperti bersawang sudah...ngahaha. Kali ini mungkin intipati sedikit berbeda dengan yang sebelumnya. Lebih matang mungkin.. lebih isi kandungannya mungkin.. apa jualah janji ada isi kandungannya.

Berbalik kita dengan tajuk kali ini, tentang rasa. Apa ada pada rasa? Apa ada pada hati? Apa ada pada jiwa? Semunya hanya kita dan sang pencipta Allah SWT sahaja yang mengetahui. Misteri dan rumit. Rasa boleh diekspresikan melalui wajah, mimik muka, tingkah laku dan mungkin kata-kata.

Sejak akhir-akhir ini aku sering berpuisi di ruangan Facebook. Aku pon tak pasti kenapa. Tetapi aku puas kerana dalam mengutarakan rasa atau pendapat secara terang aku boleh menyampaikannya secara kiasan dengan berpuisi. Puisi ku tidaklah sepuitis si Samad Said mahupon Zubir Ali ataupon Usman Awang. Sekadar suka-suka mahu bicara dan bermain dengan kata-kata. Ahh..untuk hiburan semata.

Bila kita berpuisi dalam menyampaikan sesuatu aku rasa lebih sopan tapi terpulang pada penggunaan bahasa puisi tersebut. Tetapi apa yang aku rasa biarlah separuhnya disimpan dan separuhnya nak dikongsi pon tak ade hal. Mungkin boleh dijadikan teladan kalau ianya sesuatu yang bagoskan..



Sebagai wanita nak meluahkan rasa hati mungkin kita malu. Jadi aku luahkan dalam bentuk kata-kata. Baiknya bahasa inggeris mahupon melayu asalkan kita paham. Kerana pengalaman banyak mengajar tentang hati dan rasa yang manusia sendiri kadang tak faham. Jadi lebih baik begini.

Bila aku sebut tentang rasa..tentang jiwa..manusia bisa kata ah aku ni ada-ada saja.. mungkin manusia kata aku mengada..tapi waspada, ini aku punya rasa, biar aku nak bicara yang kau tak puas hati kenapa... tunggu bila tiba giliran kau pula.. baru kau rasa apa aku rasa.. bukan nak kata ini hukum karma tapi hormati manusia disekeliling anda..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment