Sunday 17 November 2013

sebuah perbualan aku dan dia

Sebuah perbualan antara Aku dan Dia...

Dia : Kau nampak laen. (*Berkata sambil tangan didalam poket... ciss sunggoh berlagak)

Aku : Apa yang laennya. Aku pakai tudung.. pakai baju.. apa laennya..

Dia : Ntah. Tapi nampak laen lah. Mungkin tudung tu xkene ngn muko kau.

Aku : Hekeleh mamat ne.. Kecoh.. ekot suka akula tudung aku jejesh ke herot ke janji aku tutup apa yang patut. (*panas je kalo mamat ne dah start bukak mulut la)

Dia : Kau ne skang kasar kan.. kau tau x kau tu pompuan?

Aku : (* plak dah..tukar topik plak..) Adoi mamat, ape masalah kau ne.. siapa start cakap kasar tadi.. aku bersifat protective, defensive..bila aku rasa musuh tu mula kan langkah, aku fight la.. abes tu kau nak aku tergedik-gedikla... sengih sana sini macam kerang busuk.. bukan aku la wei..

Dia : Perempuan tu sifat nya halus, lemah lembut.. ada caranya kalau nak protective and defensive pon.. sekurang-kurang ayat kau tu lebeh keperempuanan sikit..

Aku : Aku kasar dengan kau je sebab kau kasar. I treat people like how they treat me. Maaf kalau aku tak cukup perempuan. Kau kene cukup lelaki untuk ajar aku bagaimana nak jadi perempuan. Bukan dengan kata yang sinis begini. You get me Mister.

Dan aku berlalu pergi meninggalkan dia terkulat sepi. Bagaimana sebuah perbualan berakhir begini. Semuanya ada pada hati aku dan dia sahaj ketahui.

Bercakap memang mudah. Lancar bicaramu bila petah. Adakah kamu faham bahasa mudah? Sopan dan santun bila hendak bermadah..bukan bahasa sinis ape kejadah..

Friday 15 November 2013

tentang R A S A

Assalammualaikum..

Rasanya lama sudah tidak mengupdate post dalam blogspot neh. Seperti bersawang sudah...ngahaha. Kali ini mungkin intipati sedikit berbeda dengan yang sebelumnya. Lebih matang mungkin.. lebih isi kandungannya mungkin.. apa jualah janji ada isi kandungannya.

Berbalik kita dengan tajuk kali ini, tentang rasa. Apa ada pada rasa? Apa ada pada hati? Apa ada pada jiwa? Semunya hanya kita dan sang pencipta Allah SWT sahaja yang mengetahui. Misteri dan rumit. Rasa boleh diekspresikan melalui wajah, mimik muka, tingkah laku dan mungkin kata-kata.

Sejak akhir-akhir ini aku sering berpuisi di ruangan Facebook. Aku pon tak pasti kenapa. Tetapi aku puas kerana dalam mengutarakan rasa atau pendapat secara terang aku boleh menyampaikannya secara kiasan dengan berpuisi. Puisi ku tidaklah sepuitis si Samad Said mahupon Zubir Ali ataupon Usman Awang. Sekadar suka-suka mahu bicara dan bermain dengan kata-kata. Ahh..untuk hiburan semata.

Bila kita berpuisi dalam menyampaikan sesuatu aku rasa lebih sopan tapi terpulang pada penggunaan bahasa puisi tersebut. Tetapi apa yang aku rasa biarlah separuhnya disimpan dan separuhnya nak dikongsi pon tak ade hal. Mungkin boleh dijadikan teladan kalau ianya sesuatu yang bagoskan..



Sebagai wanita nak meluahkan rasa hati mungkin kita malu. Jadi aku luahkan dalam bentuk kata-kata. Baiknya bahasa inggeris mahupon melayu asalkan kita paham. Kerana pengalaman banyak mengajar tentang hati dan rasa yang manusia sendiri kadang tak faham. Jadi lebih baik begini.

Bila aku sebut tentang rasa..tentang jiwa..manusia bisa kata ah aku ni ada-ada saja.. mungkin manusia kata aku mengada..tapi waspada, ini aku punya rasa, biar aku nak bicara yang kau tak puas hati kenapa... tunggu bila tiba giliran kau pula.. baru kau rasa apa aku rasa.. bukan nak kata ini hukum karma tapi hormati manusia disekeliling anda..

Wassalam..